Baru nak UP jadi bla bla bla



Salam, Hi, Hello, Good Day, Selamat, Apa Khabar!

Al Kisah

Ada la sorang budak tu  tanya teman pasal bagaimana nak mula kerjaya sebagai penyanyi bla bla bla. Pergh! Susah teman nak cite sebabnya teman pun tak tau ape formulanya dan teman pon x sampai tahap tu lagi. Jadi bila dah budak tu tanya teman pon cite lah ape yang teman tau. Maka nak di jadikan entry hari ini teman pon mulalah menaip.

Erm... nak jadi penyanyi??? Jika teman lihat zaman sekarang udah banyok Penyanyi yang bermula dari Youtube, Instagram, Smule, Facebook dan lain-lain sosial media terkini. Pusin-pusin kat situ jugok le kot. Tapi mungkin boleh pakai teman punya idea untuk mula. 

Sambil-sambil minum teh dan pekena roti canai di Teh Tarik Place kat The Curve teman pon citer lah ape yang teman tau. Ni base pada pendapat dan pengalaman teman ler citernya. Zaman dulu masa teman ni ade Myspace...Hahaha! Sini jugaklah teman rasa permulaan nak buat band dulu. Tapi ini masa zaman teman dulu. Kini zaman sudah berubah. Berubah mengikut arus teknologi terkini.

Mungkin kawan-kawan, adik-adik boleh guna formula ni. Mulalah dengan nyanyi cover song kat youtube atau smule ke. Tapi kena ada strategi jugak la kan. Buat akaun / page kat Youtube, Instagram, Smule dan lain-lain. Lepas tu cuba link dengan semua akaun sosial media anda. Hahaha! Senangkan!

Viral - penduduk Malaysia memang suka benda viral. Bila masa zaman pisang cheese viral tu abis macam cendawan orang jual pisang cheese. Merata boleh nampak kedai, warung jual pisang cheese. Sekarang susah plak nak jumpa. Hahaha!

Konsisten - Ni la yang payah nak nampak. Sebab semua ada komitmen untuk survive setiap hari dan pada masa yang sama nak ke depan menampilkan diri sebagai penyanyi. Tak mudah tapi jika kita ada minat yang mendalam pasti boleh. Malaysia Boleh! Maksud teman jika buat cover tu seminggu sekali tapi konsisten dan share ke semua sosial media yang ada.

Tahan Kritikan - Bila dah uplod kt Youtube tu biasala kan, mesti ada "Batak Like" or "Haters" komen dan beri kritikan samada Pahit atau Manis. Erm...ni best bagi sape-sape yang nak jadi penyanyi sangat. 

Kental - Sebab benda ni kena ada jika tak maka tidak lamalah niat nak jadi penyanyi tu berhasil. Jangan rasa siap satu single korang akan jadi femes 1 Malaysia. Hilang akal ape? Hari ni siap lagu, esok femes....Wow! Hebat! Kena kental dan kena berkorban masa, wang ringgit dan sentiasa mengambil kira kaedah yang boleh menjadikan cita-cita anda menjadi kenyataan.

Bajet - Semua benda minat mengeluarkan duit. Contohnya teman minat memancing dan nak mancing Ikan Toman. Teman kena beli perkakasnya. Bila dah makin ekstrim teman mungkin pakai perkakas mancing yang mahal sebab ada kegunaannya dan kemudahannya. Sama jugak nak menyanyi, kena ada Mentor/Cikgu yang boleh bagi komen dan cuba memberi input kekuatan dan kelemahan masa menyanyi. Jika ada bakat pon kena explore lebih untuk tahu sampai tahap mana kekuatan kita. Jadi Cikgu/Mentor kena ada. Terpulang, ada yang berbayor dan ade yang free macam kat Universiti Youtube tu. Hahaha!

Praktis - Semua benda kena belajar. Jadi, ilmu tu sangat mesti di ambil peduli. 

Ni kira baru nak mula la. Belum sampai masa nak buat demo ataupun single. Lain pulak cheritenye. Tapi ape pon ni kira permulaan, mana tau memang berbakat nyanyi-nyanyi kat youtube orang panggil pi buat single. Tu kira rezeki masing-masing.

Sekian untuk hari ini.


Comments